Wednesday, April 29, 2009

Selamat Hari Lahir...Umi...

inilah insan yang sangat istimewa dlm hidup sy........
Selamat Hari Lahir Umi......
yeah....sayang umi angah nie.....
hihihi...sowi lambat wish.....
tadi angah call rumah tapi x der sapa
yg angkat....
so angah decide nk wish kt dlm
blog angah sj....
x wat entry sedih2 la.....

angah doakan umi;
-->Semoga diberi kesihatan yang
baik di sepanjang hayat umi....
-->Semoga dimurahkan rezeki....
-->Semoga kita jd Family yg Bahagia baik
di Dunia mahupun di Akhirat KELAK.....

Ayah,Kakak,Angah,Alang,Adik & Mamat...
Sayang UMI.......


Send this eCard !
"umi, click this picture.."
mood::crab1:

Monday, April 27, 2009

Al-Fatihah buat adik Qiqi & adik Akif. (Cerita lanjut..)

terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua
yang membaca entry mengenai ini.
Sebenarnya entry ini sudah lama
saya pamerkan di blog Women of Earth

cume saya tidak upDatekan ENTRY ini disini....
mohon ribuaan kemaafan....
********

Perginya DUA orang sahabat karib, di kenali sebagai Qiqi.(nickname)
dan juga Aqif (arwah akif saya x kenal)
rakan adik lelaki saya Zaim.
23.04.05, Khamis malam Jumaat.
Bakal memduduki PMR 09.
*************

Arwah adik Qiqi dan Arwah adik Aqif
meninggal sbb xcident moto.
Arwah berdua telah terlanggar
sebuah BAS yang ketika itu berhenti.
Nak dijadikan cerita break tangan moto rosak.
dan sebaik sj terlanggar bas.
Arwah adik Qiqi terus lompat dari moto dan
bersujud (seolah2 menyembah Allah)
ketika itu Arwah masih bernafas dan Arwah melihat
sekujur tubuh kawan dia yang sudah tidak ber gerak.
Pada ketika itu juga air mata Arwah
adik Qiqi jatuh kebumi Allah.
Arwah adik Qiqi dibawa ke Hosp Kelang,
semasa di dalam Van Hospital
Arwah adik Qiqi berada dalam koma
dalam masa yang sama air mata Arwah bercucuran.
Mungkin kerana semangatnya yang lemah
dan juga keredhaannya pada Illahi
Allah telah menjemput Arwah semasa berada
dalam perjalanan ke Hosp Kelang.
(Maklumat yang saya dapat ini dari Adik saya Zaim.)
Zaim masih lagi bersedih dengan perginya 2 sahabat dia..
Angah harap Mamat (panggilan manja Zaim)
bersabar dan redha dengan ketentuan Illahi....
"Ya Allah, ya Tuhan kami! kurniakanlah kebaikan kepada si mati ini,
ampunkan dosa kejahatannya. Kurniakan syafaat kumpulan kami ini
kepadanya, maafkan kesalahnnya, luaskan kubur untuknya,
lindungi dia dari azab siksaannya, masukkankedalam kuburnya itu
rasa ketenteraman dan kerehatan, lepaskan dia daripada segala
rintangan yang menghalang jalan menuju syurga.
Tinggikan darjatnya di dalam syurga Illiyyin. Kami memohonlimpah rahmatMu
jua, Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat...

Semoga dicucuri rahmat dan kesejahteraan oleh Allah ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.."
Al-Fatihah...........
buat
Adik Qiqi & Adik Aqif
mood::crab1:

Keistimewaan Wanita...

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Monday, April 20, 2009

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.

Friday, April 17, 2009

Entry dari Blog Ayul... TQ to HIM....

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.


“Untuk apa?” tanya si ayah.“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi”

“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
“Hadiah apa ni?”“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”


Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong.
Tidak berisi apa pun juga.“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini.
Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.


Moral:Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

p/s : saya dapat artikel nie dari Blog Ayul. Thank you to Mr.Ayul... :thumbsup:

Friday, April 10, 2009

Bagaimana Rasulullah bermain-main dan bergurau?

Rasulullah s.a.w. sendiri pun mencari masa untuk bermain, bergurau dan
bermesra dengan isteri, anak-anak dab cucu baginda. Rasulullah s.a.w.
pernah membawa isterinya Saidatina Aisyah r.a. melihat orang-orang
Habshi meraikan perayaan di dalam masjid hingga Aisyah r.a. berasa
puas baharulah baginda pulang. Baginda juga sering berlumba lari
dengan Aisyah r.a. Baginda berpura-pura kalah supaya Aisyah gembira.
Baginda juga sering bermain-main dengan cucu baginda sehinggakan
ketika baginda solat, cucu baginda iaitu Saidina Husin r.a. dan
Syaidina Hasan r.a. pernah memanjat tengkuk baginda ketika sujud.
Baginda membiarkan sehingga baginda sujud dengan begitu lama sekali
sehinggalah mereka turun.

cuba tanya diri anda: "Berapa kerapkah anda bermain-main
dan bergurau-gurau
dengan anak-anak anda?

Thursday, April 9, 2009

Mengapa ibu lebih rapat dengan anak-anak?

Pertama:
Kerana ibu mengandungkan si anak
di dalam rahimnya selama sembilan
bulan sepuluh hari.
Mereka berkongsi saluran pernafasan
dan saluran makanan yang sama.

Kedua:
Ibu lazimnya mengasuh,
membela dan mendidik anak dari kecil
hingga dewasa.

Ketiga:
Tangan ibu menyuapkan makanan
ke mulut si anak.

Keempat:
Anak perempuan mahupun anak lelaki,
sering bersama, bertemu dan mengadu
hal kepada ibu.

Kelima:
Ibu sifat lemah lembut dan lunak hati.
Ini yang memudahkan anak berhubung
dengannya.

sebab itu anak-anak yang sedang sakit umpamanya,
jika meracau-racau akan menyebut nama ibunya daripada
menyebut nama bapanya, dalam keadaan separa sedar itu.

sebab itulah apa yang terlintas dalam minda ibu harus
ditanggap dengan cepat dalam menangani masalah anak-anak.
Apabila ibu melihat dan merasa ada perkara yang tidak kena
dengan anaknya, ibu harus bertindak cepat dan jangan
membiarkan berlalu begitu sahaja.

Wednesday, April 8, 2009

Kaedah mendidik anak CEMERLANG

Tidak ada formula khusus mendidik anak
kerana setiap anak adalah
makhluk yang luar biasa dan unik,
yakni berbeza-beza diantara satu sama yang lain.
Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w menggariskan
4 tahap mendidik anak:

Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun).
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka
dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua:
Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun).
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan,
displin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun sehingga dewasa (21 tahun).
Hendaklah dididik dengan cara berkawan,
bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi yang tidak bertentang dengan syariat.

Tahap keempat:
Anak berumur lebih daripada 21 tahun.
Hendklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan
bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar
segala tindakan mereka terkawal.

sumber : Dato' Dr.Fadhilah Kamsah